23 August 2011

No Talefon Tuhan...??

Nombor Telefon Tuhan ada 5 digit?? Kekadang menyembang dengan orang tua ni kelakar pun ada, terasa ‘bunk’ pun ada.
Kena pulak yang kita tengah hadap tu  bukan alang-alang orang. Agaknya pada mata dia, seronok kot tengok kita terkulat-kulat mencari jawapan.
Lepas tu dia senyum sumbing je tengok gelagat kita.

Begitulah pengalaman rakan Hubby saya tOK aJI wOK yOH ketika usia 8-9 tahun dahulu. Ini lah ceritanya:

“Tahu nombor telefon Allah Taala?” Tetiba je aku di tanya orang tua ni.

“Hah?!” Dalam kepala aku dah nampak pondok telepon je.. pondok telepon telekom tu lah, yang warna biru tuu.. hebat orang tua ni, nombor telepon Allah Taala pun dia buleh tau. AKu dah merangka-rangka nak telepon juga selepas ini! Masa tu handphone masih lagi ‘rare species’.

“Hah, cepat salin!”
Beria-ria aku carik pen dengan kertas. Pergh! aku rasa memang best betul masa tu… apa tidaknya, aku bakal menerima nombor telepon Allah Taala dan lepas ni aku buleh ‘call’ DIA!. Sapa tak rasa best!?

“Tiga, empat, dua, empat, empat!”
Aiik..? apasal 5 nombor je? setau aku paling kurang nombor telepon kena ada tujuh digit (Masa ni nombor telepon 7 angka saja). Agaknya nombor ‘special’ kot? Musykil betul aku.

“Apasal 5 nombor je pakcik?”

“Ye la, tiga maghrib, empat isya’, dua subuh, empat zuhur dan empat asar!”
mmmmmmph! jenuh aku kena ketawa! apa punya benak aku ni.

Memang betul lah, sewaktu kita bersolat itu kita sedang berinteraksi dengan DIA. Maknanya kita ‘call’ DIA! Sedangkan waktu azan itu, DIA yang ‘call’.

34244…

cuba la dail. gerenti dapat! tak pernah ‘engage’!
*BETAPA KERDILNYA KITA D SISINYA*



18 August 2011

Sepuluh Ringgit Pi Mana ??

Salam Pertengahan Ramadhan...Lamanyer update blog ni...sibuk sikit Ramadhan nie..

Kisah ini diceritakan oleh kawan hubby namanya...Tok Aji Wok Yoh semasa time rehat kat ofice




Lima puluh ringgit dan satu ringgit berkawan baik. Selepas habis universiti, mereka dah jarang jumpa.
Sehingga satu hari diorang terserempak dekat Uya Distro. Kan dah nak raya, kena tempah jahit baju rayalah kat Uya Distro ye dak?

"Eh satu ringgit! Lama siot tak jumpa kau!! Kau apa khabar?", tanya lima puluh ringgit dengan muka berseri-seri macam baru pekena hadiah loteri.

"Ya Tuhan, lima puluh ringgit! Series aku tak perasan kau, dah makin berisi kau ha!", jawab satu ringgit sambil memeluk kawan lamanya itu.

Lalu mereka pun ambil port, duduk di atas kerusi, letak kunci atas meja, order air dan berborak-borak panjang. Sambil ketawa. Bercerita tentang rakan-rakan lain seperti sepuluh ringgit yang di khabarkan sudah berkahwin dan menjadi penjaga tiket wayang.

"Eh, lima ringgit apa cerita ha?", tanya lima puluh ringgit kepada satu ringgit.

"Dia? Oh, last aku dengar. Dia dah jadi taukeh kedai. Kedai 'semua barang lima ringgit'. Hahaha".

Berdekah-dekah mereka berdua ketawa. Dah macam orang Penang. Buat riuh kawasan orang. Lantak apa lah orang nak cakap.
Kawan lama, lama tak jumpa. Gembira. Teruja.

"Kau sekarang buat apa je lima puluh ringgit? Makin stylo kau sekarang. Kata duduk KL, kau kemana je?"

"Haha, gua macam gini je lah. Smart bergaya. Gua sekarang kalau nak kemana-mana, lu cari gua kat bar, pub atau disko ternama
kat KL ni setiap hujung minggu. Sebut nama gua, semua orang kenal. Biasalah, masuk Zouk sekarang kan dah RM50 beserta dengan
one free beer ye dak?", jawab lima puluh ringgit sambil mengeluarkan Iphone nya.

"Wow wow wow! Lu memang style! Patutlah kaya", puji satu ringgit.

"Lu plak satu ringgit, kemana je lu selama ini? Heh", kata lima puluh ringgit dengan sinis

"Haha, gua? Macam biasa. Ke surau, tak pun ke masjid. Paling tidak pun teman orang mintak sedekah. Kan sekarang
banyak orang menderma ye dak?", jawab satu ringgit dengan istiqamah dan tawaduk.

................
*suasana sepi sebentar macam ada malaikat lalu

Lalu, lima puluh menggelengkan kepala, menundukkan muka dan berkata dalam hati.

"Apalah ke bangang aku tanya soalan tu? Cis cis cis!"

Tamat.

p/s : Kan bagus kalau lima puluh ringgit dan satu ringgit bertukar tempat kehidupan ye dak? Kehkehkeh

04 August 2011

Kongsi : Perkara Yg Tidak Membatalkan Puasa

Hari ni saya nak kogsi apa yg En Hubby dapat semasa ceramah dia attend tadi
mengenai perkara yang tidak membatalkan puasa berkaitan isu medical...

Adalah dimaklumkan dengan menggunakan obat / perbuatan seperti dibawah puasa anda tidak terbatal:

1.Ubat titis telinga, titis mata dan ubat basuh telinga. Ubat titis hidung atau semburan hidung dengan syarat tidak menelan apa sampai ke halkum. Semburan hidung (inhaler) juga x batal puasa.

2.Ubat tablet bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina (jantung) dengan syarat tidak menelan apa yang sampai ke halkum.

3. Memasukkan ubat melalui vagina, memasukkan alat perubatan, spekulum, jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina (sebelum bersalin)

4. Memasukkan teropong @ alat mencegah hamil ke rahim perempuan

5. memasukkan teropong ke salur kencing lelaki @ perempuan untuk penyedian X-Ray atau lainnya.

6. Menampal, mencabut , mengorek gigi dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi dengan syarat TIADA apa apa bahan memasuki perut dari prosedur tersebut.

7. Membasuh mulut, berkumur atau semburan mulut, sengan syarat TIADA apa apa bahan memasuki perut dari prosedur tersebut
8.Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau pembuluh darah, kecuali suntukan suntikan memberi makanan melalui pembuluh darah (seperti glukos yang mengenyangkan)

9. Oksigen dan gas bius (bius yang gunakan gas, bukan menggunakan cecair yang mengenyangkan)

10. Semua bahan yang boleh menyerap kedalam badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster berobat.

11. Prosedur endoskopi (teropong dalam rongga perut) dengan syarat x memasukkan cecair atau bahan seumpamanya ke dalam perut.

12. Biopsi utk ujian makmal

13. Suntikan / teropong ke dalam dubur

14. Dialisis buah pinggang.

Sumber: Persidangan Fiqh Antarabangsa 1418H dan Seminar Fiqh Perubatan ke 9 Safar 1418H (1997)
 melalui ceramah Ustaz Abdul Basit Abdul Rahman @ http://www.abuanasmadani.com/







02 August 2011

Sambungan Cerita Sedih

Post yang lepas saya ade kongsikan cerita sedih ttg my D Studio..
So skrg he still in ICU at HUSM. Huhu
So in the meanwhile, what should i do yaa...Huhu
nak tak nak pitis2 will be flying away..

Tup2 mata pulak terpikat pd S Vaio..huhu  kacaknya Mr White..
dengan selamba..sy masuk sony centre..and booking it..
Malas nk memikir panjang..but i still asking for some advice..
After receive some advice from my hubby n his friends..

So kompem beli je la...Jeng..jeng jeng
Mr White will be mine :D yuhuu

Suka+Sadis sume ade..
Suka coz can get Mr White..Sedihnye pitisku melayang beriban2..
Will upload later my new Mr White.
till then,..nak rest kejap..

~waRDah~

Salam Ramadhan buat semua umat Islam :)

Hari ni 3 August.bersamaan 3 Ramadhan 1432 H...
selamat berpuasa buat sume kenalan rintis Wardah!


~waRDah~