Hari ni saya nak kogsi apa yg En Hubby dapat semasa ceramah dia attend tadi
mengenai perkara yang tidak membatalkan puasa berkaitan isu medical...
Adalah dimaklumkan dengan menggunakan obat / perbuatan seperti dibawah puasa anda tidak terbatal:
1.Ubat titis telinga, titis mata dan ubat basuh telinga. Ubat titis hidung atau semburan hidung dengan syarat tidak menelan apa sampai ke halkum. Semburan hidung (inhaler) juga x batal puasa.
2.Ubat tablet bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina (jantung) dengan syarat tidak menelan apa yang sampai ke halkum.
3. Memasukkan ubat melalui vagina, memasukkan alat perubatan, spekulum, jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina (sebelum bersalin)
4. Memasukkan teropong @ alat mencegah hamil ke rahim perempuan
5. memasukkan teropong ke salur kencing lelaki @ perempuan untuk penyedian X-Ray atau lainnya.
6. Menampal, mencabut , mengorek gigi dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi dengan syarat TIADA apa apa bahan memasuki perut dari prosedur tersebut.
7. Membasuh mulut, berkumur atau semburan mulut, sengan syarat TIADA apa apa bahan memasuki perut dari prosedur tersebut
8.Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau pembuluh darah, kecuali suntukan suntikan memberi makanan melalui pembuluh darah (seperti glukos yang mengenyangkan)
9. Oksigen dan gas bius (bius yang gunakan gas, bukan menggunakan cecair yang mengenyangkan)
10. Semua bahan yang boleh menyerap kedalam badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster berobat.
11. Prosedur endoskopi (teropong dalam rongga perut) dengan syarat x memasukkan cecair atau bahan seumpamanya ke dalam perut.
12. Biopsi utk ujian makmal
14. Dialisis buah pinggang.
Sumber: Persidangan Fiqh Antarabangsa 1418H dan Seminar Fiqh Perubatan ke 9 Safar 1418H (1997)
melalui ceramah Ustaz Abdul Basit Abdul Rahman @ http://www.abuanasmadani.com/
No comments:
Post a Comment