Showing posts with label Kongsi. Show all posts
Showing posts with label Kongsi. Show all posts

04 August 2011

Kongsi : Perkara Yg Tidak Membatalkan Puasa

Hari ni saya nak kogsi apa yg En Hubby dapat semasa ceramah dia attend tadi
mengenai perkara yang tidak membatalkan puasa berkaitan isu medical...

Adalah dimaklumkan dengan menggunakan obat / perbuatan seperti dibawah puasa anda tidak terbatal:

1.Ubat titis telinga, titis mata dan ubat basuh telinga. Ubat titis hidung atau semburan hidung dengan syarat tidak menelan apa sampai ke halkum. Semburan hidung (inhaler) juga x batal puasa.

2.Ubat tablet bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina (jantung) dengan syarat tidak menelan apa yang sampai ke halkum.

3. Memasukkan ubat melalui vagina, memasukkan alat perubatan, spekulum, jari doktor atau bidan semasa pemeriksaan vagina (sebelum bersalin)

4. Memasukkan teropong @ alat mencegah hamil ke rahim perempuan

5. memasukkan teropong ke salur kencing lelaki @ perempuan untuk penyedian X-Ray atau lainnya.

6. Menampal, mencabut , mengorek gigi dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi dengan syarat TIADA apa apa bahan memasuki perut dari prosedur tersebut.

7. Membasuh mulut, berkumur atau semburan mulut, sengan syarat TIADA apa apa bahan memasuki perut dari prosedur tersebut
8.Suntikan melalui kulit, otot, sendi atau pembuluh darah, kecuali suntukan suntikan memberi makanan melalui pembuluh darah (seperti glukos yang mengenyangkan)

9. Oksigen dan gas bius (bius yang gunakan gas, bukan menggunakan cecair yang mengenyangkan)

10. Semua bahan yang boleh menyerap kedalam badan melalui kulit seperti krim, jelly atau plaster berobat.

11. Prosedur endoskopi (teropong dalam rongga perut) dengan syarat x memasukkan cecair atau bahan seumpamanya ke dalam perut.

12. Biopsi utk ujian makmal

13. Suntikan / teropong ke dalam dubur

14. Dialisis buah pinggang.

Sumber: Persidangan Fiqh Antarabangsa 1418H dan Seminar Fiqh Perubatan ke 9 Safar 1418H (1997)
 melalui ceramah Ustaz Abdul Basit Abdul Rahman @ http://www.abuanasmadani.com/







12 July 2011

Hari Ni :)

Salam everyone..
Mcm lama je x singgah cnie..hihi bz cket lately nie..

Hari ni..11 Syaaban 1432..Lagi beberapa hari je..Nisfu Syaaban..
Huhu buku akan bertukar..Semoga selepas ini saya..& sume umat ISlam..akan menjadi umat yang terbaik.. di dunia n akhirat..Amin :)

Nisfu Sya'aban
Adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Sya'aban tahun Hijrah.

Hari ini adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 Sya'aban sebaik sahaja masuk waktu Maghrib).

~tQ~

05 July 2011

Meniti Hari ~ Nisfu Syaaban

MENGENALI BULAN SYAABAN

Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaabanbermaksud bercerai-berai.
Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran kemerata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.
Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentupadanya.
Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dlljuga.
 Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiriantaranya:
1. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalahbulan Nabi S.A.W.
2. Keperkasaan dan ketinggian
3. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada AllahTaala.
4. Kasih-sayang dan kemesraan.
5. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.

Sumber: The Naqshbandi Sufi Tradition: Guidebook of Daily Practices and Devotions

Pengertian nisfu Syaaban

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban adalahmalam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyahr.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis ygdiriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga akufikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak.

Kemudian akukembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akanditurunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidakdpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. Malam ini adalan malam Nisfusyaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunankpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dankeampunan terhadap orang2 yg dengki.

Hari nisfu syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti denganbuku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masukwaktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

Sumber: Masjid Istiqlal/rakyataceh.com

01 July 2011

Tidur di awal siang...

Fuqaha’ memandang makruh tidur selepas dari solat subuh.

Dalil-dalil mereka adalah seperti berikut;

Pertama;

Anak kesayangan nabi SAW, Fatimah bercerita bahawa satu hari Rasulullah SAW lalu di rumahnya dalam waktu subuh, dan didapati bahawa Fatimah sedang berbaring. Lalu Rasulullah SAW menggerakkan Fatimah dengan kakinya sambil berkata;

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك ، ولا تكوني من الغافلين ، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس

Maksudnya;
“Wahai anak perempuanku, carilah rezeki tuhanmu, dan jangan kamu jadi dari kalangan orang yang lalai. Kerana sesungguhnya Allah SWT membahagikan rezeki-rezeki manusia itu, diantara terbit fajar hingga terbit matahari” [Sya’b Al-Iman : 4550 : sanad hadis ini lemah]

Kedua:

Daripada Aisyah, bahawa Rasulullah SAW bersabda;

باكروا طلب الرزق والحوائج ، فإن الغدو بركة ونجاح

Maksudnya;
“berpagi-pagilah kamu dalam mencari rezeki, kerana bekerja pada awal siang itu terdapat keberkatan dan kejayaan” [Al-Mu’jam Al-Awsat : 7458]

Ketiga;

Daripada Sokhr Al-Ghamidzi bahawa Rasulullah SAW ada berdoa;

اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا

Maksudnya;
“Ya Allah, berilah keberkatan kepada umatku pada waktu paginya” [Abu daud : 2239]

Keempat:

Kebiasaan Nabi SAW, apabila berlaku peperangan, nabi SAW akan menghantar tentera dalam peperangan, atau ekspedisi pada awal pagi. [Abu Daud : 2239]

Kelima:

Saidina Ali berkata;

مِنْ الْجَهْلِ النَّوْمُ فِي أَوَّلِ النَّهَارِ

Maksudnya;
“sebahagian dari kejahilan, tidur pada awal siang”

tQ
~wardah~